Apa itu Magnesium


Magnesium ialah unsur kimia di dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Mg dan nombor atom 12 dan jisim atom 24.31. Magnesium merupakan unsur yang kelapan paling berlimpah dan merangkumi 2% daripada kandungan kerak Bumi dari segi berat, dan merupakan unsur ketiga terbanyak yang terlarut dalam air laut. Logam Alkali Bumi ini digunakan terutamanya sebagai agen pengaloian untuk membuat aloi aluminium-magnesium, yang biasanya dinamakan "magnalium" atau "magnelium".

Walaupun magnesium dijumpai di dalam lebih daripada 60 jenis mineral, hanya dolomit, magnesit, brucite, carnallite, talkum, dan olivine mempunyai kepentingan komersil.

Di Amerika Syarikat, logam ini diperolehi utamanya melalui elektrolisis magnesium klorida lebur daripada air garam, air telaga dan air laut.

katod: Mg2+ + 2 e- → Mg
anod: 2 Cl- → Cl2 (gas) + 2 e-

Amerika Syarikat secara tradisinya merupakan pembekal utama dunia untuk logam ini, iaitu membekal sebanyak 45% pengeluaran dunia pada tahun 1995. Pada masa kini, syer pasaran AS hanyalah 7%, dan tinggal hanya satu pengeluar domestik. Bermula pada tahun 2005 China telah mengambil alih tempat sebagai pembekal utama, iaitu ditambat pada 60% syer pasaran dunia, meningkat daripada 4% pada 1995. Berlainan dengan proses elektrolisis yang diterangkan di atas, China bergantung hampir sepenuhnya kepada cara lain pemerolehan logam daripada bijihnya, iaitu proses Pidgeon silikoterma.





Blog Widget by LinkWithin
Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani